Wednesday 16 November 2011

Kedudukan Malaysia

Jalur Gemilang
Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 733 km persegi. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutan, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan putrajaya.
     Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik.Sejak dahulu lagi, negara kita menjadi tempat persinggaha pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China dan India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut antara timur denan barat. Di samping itu,negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan menyebabkannya bebas daripada gempa bumi , letusan gunung berapi, dan tiupan angin taufan.
Peta Malaysia

No comments:

Post a Comment