Saturday 29 October 2011

Sejarah Negara Kita (Parameswara)

Parameswara
Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
      Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.
      Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).
      Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.

No comments:

Post a Comment