Friday 30 September 2011

Bangunan Baru SJK(C) Shih Chung Pusat di Love Lane

Bangunan lama SJK(C) Shih Chung di Goh Chan Lau
SJK(C) Shih Chung Pusat diasaskan oleh dua orang jutawan Hakka yang bernama Leong Fee@Liang Pi Joo (1857-1911) dan Tye Kee Yoon (1849-1919). Selepas itu, SJK(C) Shih Chung Pusat didirikan oleh Cheah Tek Soon dan Goh Chan Lau.


Pada tahun 1929, SJK(C) Shih Chung telah dialihkan ke Love Lane. Pada tahun 1938, bangunan ini telah tidak dapat menampung bilangan murid yang terlalu banyak. oleh itu, sekolah cawangan telah didirikan di Goh Chan Lau. Mulai masa itu, SJK(C) Shih Chung mempunyai sebuah sekolah utama dan sebuah sekolah cawangan.


Perang Dunia Kedua telah membawa banyak perubahan kepada SJK(C) Shih Chung Pusat. Pada masa itu, askar Jepun telah menggunakan bangunan di Goh Chan Lau sebagai pusat utama mereka. 

No comments:

Post a Comment